NAK CANTIK? LIKE!

Tuesday 10 April 2012

Bakar Lebih Kalori Dengan Bekerja Sambil Berdiri

Jika anda bekerja di pejabat, 80% daripada pergerakan anda mungkin hanya duduk di depan komputer menyiapkan kerja.
Tahukah anda sebenarnya anda boleh ‘hack’ cara kerja anda, sekaligus dapat bakar kalori dengan lebih banyak?
Caranya adalah dengan bekerja sambil berdiri. Jika di US perkara ini sudah menjadi trend dan semakin banyak kedai yang menawarkan meja kerja berdiri seperti dibawah:




Dan dibawah sedikit fakta yang menakutkan buat mereka yang bekerja secara duduk, menurut kajian yang dijalankan oleh American Cancer Society:

1. Wanita yang menghabiskan masa 6 jam sehari dengan duduk, mempunyai risiko sebanyak 37% untuk mati lebih awal daripada wanita yang duduk kurang daripada 3 jam sehari;
2. Bagi lelaki pula, risiko nya adalah sebanyak 17%
3. Bagi wanita yang hanya duduk dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyihatkan (seperti bersenam), kebarangkalian untuk mati lebih awal meningkat kepada 94% manakala lelakik pula 48%;

Jelas, mereka yang banyak bekerja sambil duduk akan menghadapi risiko penyakit seperti:

1. Sakit jantung;
2. Obesiti (kegemukan);
3. Diabetes;
4. Kanser;
5. Dan kematian lebih awal.

Jadi, jika anda tergolong dalam salah seorang yang bekerja sambil duduk lebih daripada 6 jam sehari, adalah digalakkan untuk anda mengubah cara kerja daripada duduk kepada berdiri.

Menu Sarapan Sihat


Sarapan yang sihat ialah sesuatu yang penting dalam menu pemakanan seharian kita.

Apa kata anda ubah sekali-kala menu sarapan anda. Asyik-asyik nasi lemak, roti canai, teh tarik je..kalau anda amalkan menu sebegitu hari-hari selama mana anda hidup, ada kemungkinan besar berat badan anda akan cepat naik.

Jom baca idea-idea tersebut:

1) Hidangan buah-buahan campuran.
Anda boleh potongkan beberapa hirisan buah epal, pisang, mangga dan pear. Apa yang penting pelbagai hidangan buanh-buahan anda. Masa yang diambil untuk menyediakan sarapan seperti ini amat cepat. Owh ye, kalau anda nak tahu, jika anda makan buah-buahan dalam keadaan perut yang kosong, ini mampu menurunkan berat badan anda secara semulajadi.

2) Minum shake untuk lebih kenyang.
Jika anda rasakan makan buah membuatkan anda masih berasa lapar, anda boleh buat minuman shake buah-buahan. Kalau nak buat milk shake pun boleh. Dengan meminum minuman shake, ia dapat memberi anda tenaga tambahan untuk aktiviti sepanjang hari anda.

3) Kek muffin dan jem.
Hidangan ini juga mampu mengurangkan pengambilan kolesterol berlebihan dalam sarapan anda. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi anda kesihatan yang lebih baik. Beli kek muffin di kedai-kedai kek dan sapukan jem kesukaan anda. Beli muffin yang tidak berperisa atau berperisa original. Nak lagi best boleh tambahkan juga madu.

4) Scramble egg.
Yang ni saya pasti mesti menjadi kegemaran anda. Anda boleh buat scramble egg. Pecahkan telur dalam non-stick frying pan dan campurkan dengan susu segar. Gunakan majerin sebagai minyak untuk memasak. Gaulkannya hingga ia masak kemudian letakkan serbuk lada hitam. Makan dengan roti untuk nak lebih kenyang.

5) Oatmeal.
Ini merupakan hidangan bagi anda yang inginkan penjimatan masa. Anda boleh beli 3 in 1 Quaker Oat dan hanya campukan dengan air panas. Saya jamin, sampai tengahari pun anda akan kenyang dan tak perlu menahan kelaparan.

Semoga dengan perkongsian idea-idea ini dapat anda cuba amalkan dalam amalan pemakanan seharian anda.

(^_^)