NAK CANTIK? LIKE!

Thursday 22 March 2012

Diet Mengikut Jenis Darah

Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.




Darah O

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu
Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, sesame Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin Biji  labu, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang Kacang azuki, black-eyed peas Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum Roti essene, roti Ezekiel Bali, nasi Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut Tomato Terung, jagung, avocado
Buah Plums, prunes Anggur, kebanyakan beri Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah Kari, garam, cayenne pepper
White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa
Chocolate, madu, cocao Sos tomato, mayonis
Air Soda, tea Bir, wine Kopi, black tea

Darah A

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein
Ayam, ayam belanda Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu
Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, minyak cod liver Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin Kacang, labu Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas
Tamarind, kacang merah
Gandum Buckwheat, amaranth
Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu
Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon
Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah Tamari, miso, sos soya, halia
Vinegar, pepper
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Aloe vera, green tea, red wine, kopi
Bir, soda, black tea

Darah B

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, kijang, arnab Lembu, ayam belanda, rusa Ayam, itik, babi
Makanan Laut Cod, salmon, halibut, sole Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Aiskrim
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Cashew, pine, pistachio
Kacang

Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
Gandum Oatmeal, nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
Roti Roti, beras perang, kek nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur Sayur hijau Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kelapa, belimbing, pear
Rempah Kari, cayenne pepper Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice
Aloe vera, soda

Darah AB

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, arnab, ayam belanda Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan Laut Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin Peanut, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Filbert, biji labu, biji sesame
Kacang

Lima
Gandum Millet, oat bran, oatmeal, rye Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Jagung, buckwheat, kasha, soba
Sayur Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi
Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah Kari, miso Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Esktrak almond, barli, tapioca
Minuman Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea

Wednesday 21 March 2012

Petua Untuk Merampingkan Badan




1. Jangan Berlapar - Makanan memberi anda tenaga dan apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil, tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan dengan lebih banyak.

2. Amalkan Yang Pahit – Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 Gelas Air Sehari - Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum anda makan makanan yang berat-berat, cuba minum air. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan Minuman Bergas - Minuman bergas biasanya mengandungi 7 hingga 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan Pengambilan Garam - Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat badan disebabkan air.

6. Ambil Sarapan Pagi -Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, orang yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding orang yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan Perlahan-Lahan - Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Sebab, apabila anda makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah Makanan Kepada Cebisan Lebih Kecil - Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan, kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa “mint” atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin atau butter dalam makanan anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren. Ini kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. Ambil Makanan Yang Berempah - Sesetengah rempah seperti cili atau biji sawi, boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


RAJINKAN MEMAKAI KORSET UNTUK DAPATKAN BENTUK BADAN YANG RAMPING



POLISI PENUKARAN SEMULA PRODUK - MESTI BACA

Jaminan penukaran!

Kalau ada yang masih ragu-ragu tentang pembelian korset secara online...

Ini jaminan kami!

"Jika beli korset ini, dan dapati saiznya tak kena dengan Puan, sila hubungi kami dalam masa 24 jam di 019-9086382 / 012-6614776 untuk membuat penukaran saiz"

"Kami mahu anda dapat pakai dan rasai sendiri kesan positif yang telah dialami oleh pelanggan-pelanggan kami yang lain. Kami tidak mahu duit puan dibazirkan begitu sahaja."
*****************************************************************

Kami menghargai keyakinan pelanggan. Kami menawarkan 3 hari jaminan kepuasan terhadap Korset Ayus Ultraslim. Anda mempunyai 3 HARI bekerja untuk memulangkan semula dan MESTI mematuhi syarat-syarat berikut.
Anda juga bertanggungjawab untuk KOS PENGHANTARAN SEMULA.

Semua korset yang dihantar akan DINILAI terlebih dahulu terhadap kualiti korset tersebut sebelum penukaran diluluskan.


Korset yang dihantar semula akan DIPERIKSA dan untuk penukaran semula, korset tersebut hendaklah mematuhi SYARAT-SYARAT berikut:


    1- Anda MESTI memaklumkan kepada kami dalam masa 24jam (1 hari bekerja) mengenai permintaan untuk menukarkan korset tersebut melalui sms 019-9086382 / 012-6614776 atau Email – fieza6596@yahoo.com


2  2- Penghantaran semula MESTILAH dilakukan dalam tempoh 3 hari bekerja dan nombor jejak (Tracking No) penghantaran hendaklah DIBERIKAN kepada pihak kami.


3  3- TAG mestilah TERPASANG dan DIPULANGKAN dalam KEADAAN ASAL (bungkusan korset asal)


4  4- Korset MESTILAH dalam keadaan TIADA KESAN REGANGAN atau tanda-tanda yg korset itu telah dipakai (hanya pakai untuk MENCUBA sahaja).


5  5- Korset MESTI TIDAK dalam keadaan seperti sudah dibasuh atau apa-apa kesan kotoran atau bau dari pewangi, mekap, losyen atau minyak angin. Kami mengesyorkan anda mandi terlebih dahulu sebelum mencuba korset.


6  6- Korset ini memenuhi peraturan kesihatan (Health Code Regulation) untuk pakaian dalam.

    7- Setiap pertukaran hanya boleh dilakukan SEKALI SAHAJA dan caj sebanyak RM10 (Semenanjung) & RM13 (Sabah/Sarawak) untuk KOS PENGURUSAN, PEMBUNGKUSAN & PENGHANTARAN semula.

    8- Setiap korset yg dihantar semula akan diperiksa semula dan berhak untuk tidak menggantikan korset baru jika syarat di atas TIDAK DI PENUHI. Kami juga berhak MENOLAK sekiranya anda tidak memberikan nombor jejak (Tracking Number) dalam tempoh 3 hari bekerja.

    9- Kami juga berhak menolak sekiranya pemulangan anda tiba MELEBIHI 7 hari bekerja dan tidak bertanggungjawab atas kelewatan disebabkan kesibukan anda.
   
    10- Korset yang TIDAK DILULUSKAN untuk penggantian akan diposkan kepada anda semula dalam tempoh 5 hari bekerja.

****************************************************************


PRODUK ROSAK / TERSILAP HANTAR

Sekiranya anda menerima korset yang mempunyai kerosakan disebabkan oleh pengilangan, sila HUBUNGI 019-9086382 / 012-6614776 dalam masa 1 hari bekerja selepas barang diterima.


Korset PERLU DIPOS semula ke pihak kami dalam masa 3 hari bekerja dan sampai dalam masa TIDAK MELEBIHI 7 hari bekerja.


Sila KEMBALIKAN korset dengan NOTA menyatakan sebab pemulangan seperti “ROSAK” @ “SALAH SAIZ” (nyatakan saiz yg diingini) agar pihak kami dapat menyelesaikan masalah anda.


Jika terdapat kerosakan lain, selain dari yg anda sebutkan, pihak kami BERHAK untuk MENOLAK proses penghantaran semula korset baru dan caj kos penghantaran TIDAK akan dipulangkan semula.

TERIMA KASIH
KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI